Keberkesanan Amali Kimia Hijau Terhadap Pencapaian Dan Kesedaran Kelestarian Alam Pelajar Tingkatan 4
Abstract
Amali kimia hijau merupakan pendekatan yang mengurangkan kesan ke atas alam sekitar mealui penggunaan bahan yang kurang mencemarkan alam serta kesan kepada kesihatan manusia melalui penggunaan bahan yang lebih selamat. Kajian ini melibatkan pembinaan amali kimia hijau bagi sub tajuk asid dan alkali dan kesan amali hijau terhadap pencapaian dan kesedaran kelestarian alam pelajar sekolah menengah dengan membandingkannya dengan amali kimia tradisional. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama 5 minggu dan melibatkan 39 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Kimia KSSM. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan dan kawalan. Pelajar kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran amali kimia asid dan alkali menggunakan amali kimia hijau manakala kumpulan kawalan menggunakan amali kimia yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Data ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan ujian-t bagi melihat kesan amali kimia hijau ke atas pencapaian dan kesedaran kelestarian alam sekitar pelajar. Hasil analisis data ujian pra pencapaian dan pra kesedaran kelestarian alam antara kumpulan rawatan dan kawalan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian [t (37) = −0.812, p>0.05] dan kesedaran kelestarian pelajar bagi kumpulan kawalan dan rawatan sebelum rawatan [t (37) = 0.290, p>0.05]. Walau bagaimanapun, dalam ujian pasca menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pencapaian antara kumpulan kawalan dan rawatan [t (37) = 3.562, p<0.05]. Namun analisis ujian pasca kesedaran menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan [t (37) = 0.045, p>0.05]. Justeru, kajian menunjukkan amali kimia hijau dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam sub topik asid dan alkali.
Downloads
References
Adnan, M. H., & Hamdan, D. D. (2018). Kefahaman dan Amalan Kepenggunaan Hijau di Kalangan Pengguna Sabah dan Peranan Komunikasi. Jurnal Komunikasi Borneo, 53–64. Retrieved from http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/70676/6.pdf
Amir Hamzah, S., & Chin Chee Keong. (2012). Sikap dan Amalan Murid Sekolah Rendah dalam Konsep Lestari. Persidangan Kebangsaan Pembangunan Dan Pendidikan Lestari 2012, 19–20.
Burmeister, M., Rauch, F., & Eilks, I. (2012). Education for Sustainable Development (ESD) and Chemistry Education. Chem. Educ. Res. Pract., 13(2), 59-68.
Haack, J. A. & Hutchison. (2016). 25 Years of Progress and 25 Years Ahead. J. E. Green Chemistry Education, 4 (11), 5889−5896
Hanifah, M., Mohamad Suhaily, C.,N.,& Shaharudin, I. (2013). Kesedaran Pendidikan Pembangunan Lestari menerusi Program Sekolah Lestari dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia. Geografi, 1(2),46-60.
Ishak, A., Kasa, Z., Selamat, H. & Abu Samah, B. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 5, 79-89
Karpudewan, M., Ismail, Z., & Mohamed, N. (2011). Greening a chemistry teaching methods course at the school of educational studies, Universiti Sains Malaysia. Journal of Education for Sustainable Development, 5(2), 197–14. https://doi.org/10.1177/097340821100500210
Karpudewan, M., Roth, W. M., & Ismail, Z. (2013). The Effects of “Green Chemistry” on Secondary School Students’ Understanding and Motivation. Asia-Pacific Education Researcher. https://doi.org/10.1007/s40299-013-0156-z
Karpudewan, M., Michael Roth, W., & Sinniah, D. (2016). The role of green chemistry activities in fostering secondary school students’ understanding of acid–base concepts and argumentation skills. Chemistry Education Research and Practice, 17(4), 893–901. doi:10.1039/c6rp00079g
Kitchens, C., Charney, R., Naistat, D., Farrugia, J., Clarens, A., O’Neil, A., Braun, B. (2006). Completing our education. Green chemistry in the curriculum. Journal of Chemical Education, 83(8), 1126-1132. https://doi:10.1021/ed083p1126
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). (2019). Soalan-soalan Peperiksaan Kimia Tahun 2012 - 2018. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mahat, H., Hashim, M., Saleh, Y., Nayan, N., & Norkhaidi, S. B. (2017). Knowledge and green chemistry practice in primary school students. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 41–49.
Muhd Ibrahim, M.D. & Durairaj Ehambron, M. Y. (2016). Tahap kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran sains di daearah Hulu Selangor. Geografi, 4(2), 28–35.
Singh R.L. & Singh P.K. (2017). Global Enviroment ProblemsIn: Principles and Applications of Environmental Biotechnology for a Sustainable Future. Singapore: Springer.
Taha, H., Suppiah, V., Khoo, Y. Y., Yahaya, A., Lee, T. T., & Muhamad Damanhuri, M. I. (2019). Impact of student-initiated green chemistry experiments on their knowledge, awareness and practices of environmental sustainability. Journal of Physics: Conference Series, 1156(1). https://doi.org/10.1088/1742-6596/1156/1/012022.
Vignesvaran, S. (2018). Kesan Amali Kimia Hijau Ke Atas Pengetahuan Dan Sikap Pelajar Terhadap Kelestarian Alam. Master Thesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wolters, C. (26 JUNE, 2019). NATIONAL GEOGRAPHIC. Retrieved from Toxic waste, explained: Hazardous waste has many sources, and a long history of dangerous pollution. Here's what you need to know.: https://www.nationalgeographic.com/environment/global-warming/toxic-waste/















