Piagam Madinah dalam Pembentukan Peradaban Multietnik Pasca Malaysia

  • Ahmad Nasir b. Mohd Yusoff Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Nik Rosniwati Ismail Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohd Taufik Ayup Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohd Shafiqul Islam Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: piagam Madinah, pembentukan peradaban, multietnik, pasca Malaysia

Abstract

Islam adalah agama kebaikan, keamanan, ketenangan dan kesejahteraan kepada seluruh alam semesta. Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Perdana Putra dan setelah mengangkat sumpah di hadapan YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, beliau ada menyatakan ‘baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara’,’kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam komuniti’ dan ‘saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Kata-kata ini sesuai dalam era pentadbiran Pasca Malaysia serta usaha membentuk peradaban multietnik yang sejahtera. Islam melarang manusia berlaku zalim sesama manusia termasuk haiwan. Hadis riwayat al-Imam al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda;“Sesiapa yang dengan sewenang-wenang membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”. Malaysia adalah negara berbilang etnik dan peradaban. Agenda penyatuan dan perpaduan kaum berbilang bangsa, agama, keturunan dan hak sama rata dijaga Perlembagaan dan Perundangan Negara, tanpa mengganggu hak-hak kaum bumiputera. Ia telah dipersetujui dalam kontrak sosial oleh kaum Melayu, Cina dan India semasa pembentukan Perlembagaan Malaysia (1957). Aspek kesepaduan etnik adalah idea kreatif dan inovatif penyatuan etnik dan kehidupan yang baik lagi makmur. Perbincangan isu ini menjadi kontemporari khususnya di era Pasca Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Komuniti Malaysia daripada golongan profesional, sokongan, bumiputera dan bukan bumiputera, bersedia menerima agenda penyatuan ini sebagai formula yang menyamaratakan semua etnik tanpa menggadaikan kontrak sosial seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kemasukan pelajar bumiputera ke IPT, hak kerakyatan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan. Piagam Madinah pula adalah perlembagaan bertulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan komuniti Islam Madinah dan komuniti Yahudi yang menjadi warganegara Madinah yang ditadbir urus oleh Rasulullah SAW. Disebut ’Sahifah al Madinah’ kerana ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia serta menjadi asas pembentukan negara Islam. Terdapat 10 Bahagian dan 47 fasal. 23 fasal berkaitan peraturan antara komuniti Islam dan 24 fasal lagi berkaitan komuniti Yahudi. Menurut kajian sejarawan, terbentuknya Piagam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama yang dihadiri 12 penduduk Madinah. Antara intipati perjanjian seperti menjauhi syirik, membunuh anak, tidak menipu dan mentaati perintah Rasulullah SAW. Mus’ab ibn Umar diutus ke Madinah mengajar al Quran oleh Rasulullah SAW dan sambutan yang diterima amat menggalakkan oleh etnik Aus dan Khazraj. Ikatan perjanjian Aqabah Kedua juga diadakan, melibatkan 73 lelaki dan 2 wanita Madinah, dibawa oleh Mus’ab bertemu Rasulullah SAW dan berbai’ah menjaga dan mempertahankan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Mereka berikrar untuk tidak berpecah belah, bercakap sombong dan taat setia ketika senang atau susah. Penulisan ini melihat peranan Piagam Madinah dalam melestarikan kehidupan, peradaban dan kesepaduan rakyat Malaysia sesuai dengan agenda pentadbiran PascaMalaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Hj.Mat Diah (1989). Beberapa Masalah Ummah. Kuala Lumpur. Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdullah Al Qari Hj.Salleh. (1985). Muhamad Rasulullah SAW Makhluk Pilihan dan Rasul Contoh. Kelantan. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Abdullah Jusoh. (1989). Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Agenda Pentadbiran Islam Malaysia Baharu. Terbitan Media Menteri. Jabatan Perdana Menteri (Agama) Kompleks Islam Putrajaya

Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2009). 1 Malaysia Sebagai Wahana Perpaduan Dan Persaudaraan Multietnik : Rujukan Kepada Intisari Dalam Piagam Madinah. Kertas Kerja Seminar Bengkel 1 Malaysia Peringkat Negara Sempena Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi (MAHEIS) Malaysia. Anjuran Pusat Islam UPM. 24 Oktober

Ahmad Nasir Mohd Yusoff. (2020). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Membina Peradaban Di Malaysia. Penerbit Aras Mega Sdn Bhd, Kajang, Selangor.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff. (2019). Isu-Isu Kontemporari Muslim Di Malaysia. Penerbit Aras Mega Sdn Bhd, Kajang, Selangor.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff. et.al. (2019). Hubungan Etnik Perintis Kesepaduan Kaum. Penerbit Aras Mega Sdn Bhd, Kajang, Selangor.

Ahmad Shalaby. (1976). Masyarakat Islam. Singapura: Pustaka Nasional.

Al Quran

Al-Būṭī, Muḥammad Saʿīd Ramaḍan. (1999). Fiqh al-Sīrah al-Nabawiyyah. Al-Qāhirah: Dār al-Salām

Al-Mubārakfūrī, Ṣafī al-Raḥmān. (2011). Al-Raḥīq al-Makhtūm. Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islam Malaysia

Anthony Punan & Aziz Deraman. (2009). Sarawak Tumpuan Pembangunan. Mingguan Sarawak. 11 Oktober (Ahad)

Bernama. (2009) Rakyat Pelbagai Kaum Sambut 1 Malaysia Utusan Sarawak 10 Oktober.

Faisal Hj.Othman. (1997). Kertas Kerja Islam dan Pembentukan Negara Malaysia Moden dalam Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi Cabaran Abad Ke-15 Hijrah. Shah Alam. Terbitan Biroteks ITM.

Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Hamidullah Muhammad. (1983). The First Written Constitution In The World. Hydrebad :Habib & Co.

Hilmy Bakar Almascaty. (1994). Ummah Melayu Kuasa baru Dunia Abad Ke-21. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn.Bhd.

Jayum Jawan. (2009). Kenegaraan Malaysia. Pendidikan Jarak Jauh. Selangor. Penerbit UPM Serdang.

K.Ramanathan. (1992). Asas Sains Politik. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti

Lee Lam Thye. (1997). Mewujudkan Bangsa Malaysia. Dewan Budaya. September

Luqman Rico Khashogi, S.H.I., M.S.I. (2012). Konsep Ummah di Piagam Madinah. Jurnal Agama dan Hak Azazi Manusia, 2 (1), 93-116

Mahathir Mohamad. (1991). Wawasan 2020. Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia Di Kuala Lumpur. 28 Februari

Mohamad Suffian Bin Hashim (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nor Mamat (1999). Pemikiran Islam Dan Dunia Hari Ini. Selangor Univision Press Sdn. Bhd

Mohd Nazmi Mohd Khalli, Suraya Sintang & Syamsul Azizul Marinsah (2020). Rahmatan Lil ‘Alamin: Kerangka Konsep Keharmonian Di Malaysia. Jurnal Sains Insani, 5, 33-40

Muhammad Haji Muhd Taib. (1996). Melayu Baru. Petaling Jaya. Visage Communication.

Nik Mustafa Nik Hassan (1994). Nilai Sejagat Islam : Satu Perspektif. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia

Norhasidah A. Bakar (2001) Perjuangan Rasulullah SAW . Kertas Kerja Bengkel Pengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester (01) & (02). Anjuran Bersama Pusat Pendidikan Islam Dan Pusat Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran UiTM Shah Alam Selangor. 13-14 Jun.

R.S.Mine & Diane K.Mauzy (1982). Politik dan Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Hj. Ab.Kassim (2003) Ekonomi Malaysia:22 Tahun Di Bawah Kepimpinan Dato’seri.Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia. Santubong Kuching Resort. 18 Oktober

Ridhuan Tee Abdullah (2009) Peranan Pemimpin Muda. Kertas Kerja Seminar Bengkel 1 Malaysia Peringkat Negara Sempena Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi (MAHEIS) Malaysia. Anjuran Pusat Islam UPM. 24 Oktober

Risalah Sambutan Ma’al Hijrah 1414 H. (1993). Peringkat Negeri Sarawak. Dewan Suarah Bintulu 21 Jun.

Shamsul Amri Baharuddin (2008). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. Selangor . UPENA. UiTM

Sheikh Ghazali Bin Hj.Abd.Rahman. (1999). Kedudukan dan Bidangkuasa Mahkamah Syariah:Perkembangan Terkini dalam Syarahan Memoir dan Perlancaran Buku Undang-undang Keluarga Islam Di Malaysia. Anjuran Unit Pendidikan Islam, UiTM Shah Alam, Selangor. Terbitan Malayan Law Journal Sdn.Bhd. 9 Oktober

W. Abdullah W.Mahmood. (1997). Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor. Global Printer Sdn.Bhd. c.1

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise

Yusri Mohamad Ramli. (2009). Kertas Kerja Gagasan Satu Malaysia Dalam Spektrum Kemajmukan Warga: Satu Analisa Berdasarkan Perspekktif Islam Dengan Rujukan Khusus Kepada Klausa Satu Ummah Dalam Sahifah Madinah dalam Prosiding Pemikiran Islam Peringkat Antarabangsa. 6-7 Oktober

Zulkefli Aini (2009) Potensi Untuk Mencapai Konsep Kasih sayang tersebut Kertas Kerja Seminar Bengkel 1 Malaysia Peringkat Negara Sempena Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi (MAHEIS) Malaysia. Anjuran Pusat Islam UPM. 24 Oktober

Zulkifli Mohamad. et.al (2006). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Pusat Pengajian Umum. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor
Published
2021-08-10
Section
Articles