Struktural Ekosistem dan Tadbir Urus Mahkamah Anak Negeri di Sabah
Abstract
Sistem perundangan tradisional dalam kalangan masyarakat orang asal merupakan sebuah peninggalan unik dari segi sistem kawalan sosial tingkah laku masyarakat serta banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat peribumi di seluruh dunia. Mahkamah Anak Negeri di Sabah merupakan institusi kehakiman yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal perbicaraan yang berlaku dalam kalangan penduduk orang asal atau yang lebih dikenali sebagai Anak Negeri di negeri ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran secara lebih mendalam berkenaan latar belakang ataupun sorotan literatur berkenaan struktural ekosistem dan tadbir urus yang dilaksanakan khususnya di Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu meruju dan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Antara dapatan kajian yang ditemui adalah penjelasan berkenaan struktural ekosistem Mahkamah Anak Negeri Sabah dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri Sabah pada masa kini. Misalnya, hasil daripada penelitian, didapati bahawa bidang tugas Ketua Kampung adalah agak banyak berbanding bidang tugas yang dipegang oleh perjawatan lain yang terdapat dalam struktur pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh dalam struktural ekosistem dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri adalah amat penting untuk memastikan fungsi Mahkamah Anak Negeri Sabah ini dapat dioptimumkan.
Downloads
References
Berita Harian. (9 Februari 2019). Isu anak negeri jangan sampai gugat perpaduan. Diakses dari https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/02 /528889/isu-anak-negeri-jangan-sampai-gugat-perpaduan pada 04 Mac 2021.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) (1995_.
Enakmen Mahkamah Anak Negeri (1992).
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1996 dan 2004 dan Kanun Keseksaan.
Husin Embi (et al.). (2004). Adat Perkawinan di Melaka dlm Abdul Latiff Abu Bakar dan Hanipah Hussin (ed.), 2004. Kepimpinan Adat Perkawinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Malaysia Melaka.
Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri) (1995).
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Definisi Anak Negeri. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2015). Definisi Tadbir Urus. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
Kamus Undang-undang Osborn’s Concise Edisi Ke-11. (2009). Definisi adat. London: Sweet and Maxwell.
Kosmo Online. (2011). Undang-undang anak negeri diamal di Sabah. Dari http://ww 1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm pada 04 Mac 2021.
Mosli Tarsat. (2009). Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah. Sosiohumanika. Bil 2(2). M.s 227-250.
Muhammad Takari bin Jilin Syahrial dan Fadlin bin Muhammad Dja’far. (2019). Memahami Adat dan Budaya Melayu. Program Studi Etnomusikologi FIB USU dan Majelis Adat Budaya Melayu Indonesia, Medan, Indonesia.
NBCA 806. Village Administration Ordinance 5, (1913).
Ordinan Mahkamah Anak Negeri (1953).
Pertubuhan Harta Intelek Dunia. (2016). Definisi adat. Diakses dari https://www.wipo.int/export/sites/www/tk/en/resources/pdf/overview_customary_law.pdf pada 04 Mac 2021.
Pg Ismail Pg Musa Siti Zubaidah Ismail Narizan Abdur Rahman. (2018). Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Special Issue: Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (18).
Pg Musa, Pg. (2020). Undang-Undang Perlanggaran Adat Di Mahkamah Anak Negeri: Konflik Pemakaiannya Terhadap Orang Islam Dalam Kerangka Perundangan Plural Di Sabah.
Rusni Hassan , Mohammad Azam Hussain & Adnan Yusoff. (2013). Penubuhan dan Bidang Kuasa Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran. Makalah. 25 kanun(1).
Sarabatin, Mohd Azrone (9 Februari 2019). "Isu anak negeri jangan sampai gugat perpaduan". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020.
Sharifah Zaleha Syed Hassan. (1995). Mahkamah Anak Negeri dan pelanjutan undangundang Adat di Sabah: Satu interprestasi sosiobudaya. Dlm. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, & Abd. Rahman Al-Ahmadi (pnyt.), Tamadun Melayu (hlm: 1532-1558). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Soerjono Soekanto, . Hukum Adat Indonesia, Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 1983, him.70
Theodorson, G. A. (1964). Minority peoples in the Union of Burma. Journal of Southeast Asian History, 5(1), 1-16.
Utusan Borneo. (21 Mac 2017). Penggerak wawasan pemangkin pembangunan, menjunjung adat istiadat masyarakat. Diakses dari https://www.coursehero.com/u/file/p4jjlcc/perlanggaran-adat-pantang-lara ng-perkahwinan-tuntutan-waris-perselisihan-faham/ pada 04 Mac 2021.
Wan Arfah Hamzah. (2012). A First Look At The Malaysian Legal System. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., hlm. 203-258.
Whelan, F. G. (1970). A History of Sabah. Kuala Lumpur: Macmillan and Co (S) Pte. Ltd.
Yusri Bin Pungut, Undang-undang Adat dan Perkembangan Bidangkuasa Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998.















