Pendidikan Bahasa Ibunda Cina di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur

Keywords: Pendidikan Bahasa Ibunda Cina, Politik Pendidikan, Dong Jiao Zong, SMPC, Masyarakat Etnik Cina

Abstract

Perkembangan pendidikan bahasa ibunda Cina di Malaysia dikatakan mempunyai sistem persekolahan Cina yang paling menyeluruh dari peringkat sekolah rendah vernakular dalam sistem persekolahan SJK (C), kemudian peringkat sekolah menengah dalam sistem persekolahan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), hinggalah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dibangunkan sepenuhnya oleh masyarakat etnik Cina. Karya dan kajian lepas telah merungkai sejarah dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda Cina di Malaysia. Tinjauan literatur ini merumuskan sistem persekolahan Cina yang bertapak di Malaysia berikutan kedatangan imigran Cina besar-besaran dari Tanah Besar China pada kurun ke-19. Kedatangan mereka telah membuka lembaran naratif sejarah pendidikan bahasa ibunda Cina, yang dijelmakan dalam bentuk SJK(C) dan SMPC sebagai kubu pertahanan budaya Cina Malaysia, di bawah jagaan Dong Jiao Zong. Pendidikan Cina dipertahankan dalam gerakan perjuangan bersiri yang tidak pernah bernoktah, menandakan semakin terdesak kelangsungan sistem persekolahan Cina, maka semakin kuat reaksi golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina menggerakkan segala sumber dan tenaga mempertahankan kelangsungannya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ang, M. C. (2011). Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia. Unpublished Ph.D Thesis, National University of Singapore.

Cheong, Y. K. (2013). Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Center.

Fishman, J. A. (1971). National Languages and the Languages of Wider Communication in the Developing Nations. Dalam W. H. Whiteley (Ed), Language Use and Social Change: Problems of Multilingualism with Special Reference to Eastern African (pp. 27-56). London: Oxford University Press.

Kua, K. S. (1985). The Chinese School of Malaysia: A Protean Saga. Kuala Lumpur: United Chinese School Committees Association of Malaysia.

Lee, T. H. (2011). Chinese Schools in Peninsular Malaysia: The Struggle for Survival. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Ong, S. K. (2014). Malaixiya Huawen Zhongxue de Gaizhi yu Fuxing:Yi Pilizhou Weili (1962-1985) [The Metamorphosis and Resurgence of Chinese Secondary Schools in Malaysia: Focusing on Perak (1962-1985)]. Ipoh: Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

Pay, S. T. (2008). Politik Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), 1962-2002: Satu Kajian Tentang Perkembangan SMPC di Ipoh, Perak. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak. (1975). Pi Li Zhou Hua Wen Du Zhong Fu Xing Shi [Sejarah Gerakan Pemulihan SMPC Perak]. Perak: Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurus Sekolah Cina Perak.

Pheong, E. -L. (2010). The Dilemma of Malaysia Chinese Education Movement, From The Perspective of Ethnic Politics. Unpublished Master Thesis, Taiwan Shih Hsin University.

Tan, L. E. (1997). The Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tan, Y. S. (2005). Politik Dongjiaozong dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia (1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, Y. S. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, Y. S. & Santhiram, R. (2010). The Education of Ethnic Minorities: The Case of The Malaysian Chinese. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

Tan, Y. S. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, Y. S. (2021). The Development of Chinese Education in Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Center.

Zhen, G. (1996). Bo Xia Chun Feng Wan Li—Pi Li Zhou Hua Wen Du Zhong Fu Xing Yun Dong Ji Shi [Penyiaran Bayu Musim Bunga: Catatan Gerakan Pemulihan SMPC Perak]. Kajang: Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

Published
2023-02-28
Section
Articles