Hubungan antara Amalan Pengurusan Keperluan Murid oleh Pengetua dengan Tahap Keciciran Murid B40 di Selangor

  • Noor Syafiza Ariffin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Bity Salwana Alias Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Keciciran murid, Murid B40, Amalan pengurusan keperluan murid, Pengetua sekolah

Abstract

Isu keciciran murid B40 kekal sebagai cabaran signifikan dalam landskap pendidikan Malaysia meskipun pelbagai dasar diperkenalkan. Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua dengan tahap keciciran murid B40 di Selangor. Kajian ini penting memandangkan keperluan untuk memahami peranan pengetua dalam menangani isu keciciran murid B40 secara holistik. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata dan 377 orang guru dengan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah soal selidik menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis secara statistik deskriptif (min, sisihan piawai) dan inferensi (ujian korelasi Pearson) menggunakan perisian SPSS versi 29. Dapatan menunjukkan amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua berada pada tahap sangat tinggi (min=4.274, SP=0.484) manakala keciciran murid B40 di Selangor berada pada tahap rendah (min=2.140, SP=0.572). Analisis korelasi menunjukkan hubungan negatif yang signifikan pada tahap sederhana (r=-0.382, p<0.001) yang bermakna semakin tinggi amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua, semakin rendah tahap keciciran murid B40. Kajian ini mengukuhkan implikasi Teori Keperluan Maslow yang menyatakan keperluan manusia perlu diurus dengan baik agar mereka bermotivasi untuk meneruskan persekolahan. Dalam konteks kajian ini, motivasi murid untuk hadir ke sekolah dapat dipengaruhi melalui pengurusan keperluan murid yang efektif oleh pengetua. Dapatan menunjukkan bahawa dimensi keperluan asas mencatatkan skor paling rendah dalam kalangan lima dimensi keperluan yang dikaji. Penemuan ini memberi isyarat bahawa aspek keperluan asas perlu diberikan perhatian dalam amalan pengurusan keperluan murid oleh pengetua terutamanya bagi murid B40 yang berisiko tinggi untuk tercicir.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ainisaadah Mohd Saod, Nurul Aliah Ahmad Rushdi, Azreen Anoar, Mohd Aswad Aziz, & Aziah Ismail. (2024). Komitmen guru dalam meningkatkan pencapaian murid Orang Asli di pedalaman: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 6(20), 394-411.

Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin, & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2022). Amalan pengurusan berasaskan sekolah, pengupayaan dan autonomi guru sekolah kebangsaan di Sabah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(3), 36–49.

Annie Jerry, & Mohd Muslim Md Zalli. (2024). Faktor keluarga dan sekolah terhadap murid berisiko cicir: Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Southeast Asia Psychology Journal, 12(2), 252–272.

Ayu Amirosemini Yusoff, & Khadijah Abdul Razak. (2023). Amalan pengajaran guru bagi pembelajaran murid tercicir dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 1(1), 36–52.

Azlin Norhaini Mansor, Suria Huszaini, Ummi Salamah Samadi, & Intan Farahana Kamsin. (2015). Kemahiran kehidupan untuk murid berisiko tercicir. Journal of Personalized Learning, 1(1), 93–103.

Bity Salwana Alias. (2009). Analisis kompetensi, kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengetua dalam bidang pengurusan sekolah [Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Bity Salwana Alias, Khairul Azhar Jamaluddin, Maslawati Mohamad, Erne Hayaty Osman, Muhammad Nur Asyraf Nordin & Aminamul Saidah Mad Nordin. (2023). Underprivileged student education aid policy: issues, challenges and strategies. International Journal of Academic Research In Business and Social Sciences, 13(12), 3081-3094.

Bulut, O., Wongvorachan, T., He, S., & Lee, S. (2024). Enhancing high-school dropout identification: A collaborative approach integrating human and machine insights. Discover Education, 3, 109.

Danggat Chabo, Tarmiji Masron, Norita Jubit, & Azizul Ahmad. (2024). Analisis corak ruangan keciciran murid sekolah menengah di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(9), 1-16.

Desai, R., Magan, A., Ruiter, R. A. C., Reddy, P. S., & Mercken, L. A. G. (2024). Understanding why youth drop out of school in South Africa. SAGE Open, 14(1), 1–10.

Erne Hayaty Osman, & Bity Salwana Alias. (2023). Penerokaan terhadap amalan pengurusan keperluan murid B40. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia, 1(1), 74–83.

Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application (7th ed.). NJ: Pearson Education.

Heradstveit, O., Hysing, M., Boe, T., Nilsen, S. A., Sivertsen, B., Bretteville-Jensen, A. L., & Askeland, K. G. (2024). Prospective associations between adolescent risky substance use and school dropout and the role of externalising and internalising problems. Nordic Studies on Alcohol and Drugs, 41(1), 24–38.

Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard kompetensi kepengetuaan sekolah Malaysia. Institut Aminuddin Baki.

Jackson, S. L. (2006). Research methods and statistics: A critical thinking approach (2nd ed.). Thomson & Wadsworth.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022). Laporan survei pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2022. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Laporan tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: 2023. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Pelan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia 2024–2030. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610.

Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50(4), 370–396.

Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality. Harper & Row.

Mendoza-Lira, M., Muñoz-Jorquera, S., Ballesta-Acevedo, E., & Covarrubias-Apablaza, C. (2024). Facilitators and barriers for retention of migrant students in Chile: Experiences of four schools in Valparaíso. Pedagogía Social. Revista Interuniversitaria, 44, 217–231.

Muhammad Nur Asyraf Nordin, & Bity Salwana Alias. (2020). Amalan pemimpin dalam memenuhi keperluan murid dan tahap pencapaian murid golongan B40 di Negeri Kelantan. Malaysia International Convention on Education Research and Management (MICER 2020). International Islamic University Malaysia.

Norfarahzatul Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd. Majid, & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran murid sekolah di Malaysia: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 1–11.

Paraman, M., & Rosila Bee Mohd Hussain. (2022). Peer’s pressure effects: Secondary school student’s dropout behaviour and young offenders. Journal of Social Sciences and Humanities, 19(2), 142–159.

Pellegrini, M., Pannone, C., Fadda, D., Scalas, L. F., Vivanet, G., & Neitzel, A. (2025). PROTOCOL: Prevention, intervention, and compensation programs to tackle school dropout: An evidence and gap map. Campbell Systematic Reviews, 21, e70032.

Requena, M., & Valdés, M. T. (2024). Are younger students more likely to drop out? Spanish evidence on the moderator role of gender and social origin. European Journal of Education, 59, e12753. https://doi.org/10.1111/ejed.12753

Ressa, T., & Andrews, A. (2022). High school dropout dilemma in America and the importance of reformation of education systems to empower all students. International Journal of Modern Education Studies, 6(2), 423–447.

Shuja, A., Ali, A., Khan, S. S. A., Burki, S. B., & Bilal, S. (2022). Perspectives on the factors affecting students’ dropout rate during COVID-19: A case study from Pakistan. SAGE Open, 12(2), 1–15.

Syahidah Haziyah Sulaiman, & Jamal @ Nordin Yunus. (2021). Pelaksanaan pengurusan pelajar SPM 2020 berdasarkan model kompetensi kepimpinan perubahan di SMKA Baling: Suatu keberkesanan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(7), 396–407.

Tabachnick, B.G. & Fidell, L.S. (2001) Using Multivariate Statistics. 4th Edition, Allyn and Bacon, Boston.

UNESCO. (2024). World education statistics 2024. UNESCO Institute for Statistics.

Published
2025-06-12
Section
Articles