Klasifikasi Varian Dialek Hulu Perak Utara: Pendekatan Rumus Fonologi Generatif

  • Nur Habibah Che Rosdi Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Keywords: Hulu Perak Utara, Klasifikasi, Rumus fonologi, Perubahan bunyi, Teori generatif

Abstract

Kajian ini menonjolkan kepelbagaian varian dialek Hulu Perak Utara (dialek Reman) yang wujud di Hulu Perak Utara (HPU). Kawasan HPU merupakan kawasan yang paling hampir dengan Selatan Thai (Betong, Thailand) yang menuturkan dialek Melayu Patani. Pelbagai kajian variasi dialek Melayu Perak telah diberikan perhatian. Namun, kajian di sempadan Thailand kurang diberikan tumpuan, terutamanya di Pengkalan Hulu. Kajian ini akan memaparkan klasifikasi varian di HPU berdasarkan perbandingan proses fonologi secara kualitatif. Analisis perbandingan ini meliputi persamaan dan perbezaan fonologi dalam varian HPU menggunakan rumus fonologi generatif linear. Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan di Hulu Perak iaitu Gerik dan Pengkalan Hulu yang melibatkan sembilan buah kampung di pedalaman HPU. Data kajian didasari oleh 508 daftar kata dalam enam bidang semantik. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang berlaku dalam data sembilan varian HPU. Antara persamaannya, vokal tinggi /i/ dan /u/ mengalami peninggian di akhir kata, perubahan bunyi obstruen /b,d, k, g/ di akhir kata menjadi hentian glotis /ʔ/, pengguguran konsonan likiuda /l/ dan /r/ di akhir kata, perubahan bunyi frikatif /s/ kepada /h/ di akhir kata, dan geminasi. Manakala perbezaan yang wujud pada varian HPU, konsonan nasal di akhir kata, perubahan konsonan frikatif, perubahan konsonan geseran /ɣ/ di tengah kata, perubahan /p/ dan /t/ pada akhir kata, dan diftongisasi lanjutan. Hasil perbandingan mendapati, sembilan varian HPU diklasifikasi kepada empat kelompok varian. Tuntasnya kajian ini menonjolkan perbezaan varian yang dituturkan di HPU. Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang linguistik sejarawi, untuk melakukan rekonstruksi dialek Melayu Patani di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asmah Omar. (2015). Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, J.K & Trudgill, P. (1990). Dialektologi. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farid M. Onn. (2021). Aspek Fonologi dan Morfologi Bahasa Melayu: Pendekatan Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (1983). Dialek Perak: Satu Tinjauan Ringkas. Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan & Pengajian Kebudayaan. Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan Negeri Perak (pp. 20-23). Ipoh, Perak.

Ismail Hussein. (1973). Malay Dialects in Peninsular. Nusantara, 3, 63-79.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 310-330.

Nur Habibah Che Rosdi. (2014). Dialektologi Geografi Hulu Perak Utara: Perbandingan Fonologi dan Leksikal. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Habibah Che Rosdi, Rahim Aman & Shahidi A.Hamid. (2023). Dialek Hulu Perak Utara: Pendekatan Linguistik Bandingan. Bangi: Penerbit UKM Press.

Nuwairi. (2003). Dialek: Taburannya di Negeri Perak daripada Perspektif Dialektologi. Jurnal Pengajian Melayu, 13, 88-99.

Sanford, A. S. (1992). Fonologi Generatif. Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin, (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2017). Migrasi Masyarakat Luar dan Pengaruh dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa, 17(1), 1-34.

Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah. (2018). Kepelbagaian Varian Leksikal Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System. AKADEMIKA, 8(1), 137-152.

Tajul Arippin Khasin. (2002). Penasalan Vokal dalam Bahasa Melayu Standard dan Dialek Patani Gerik: Satu Huraian Perbandingan. Jurnal Bahasa, 2(3), 374-395.

Tajul Arippin Khasin & Tarmiji Misron. (2014). Persamaan dan Perbezaan Fonologi Dialek Melayu Patani Gerik, Lenggong, Batu Kurau. Dlm. Noriah Mohamed (pnyt.), Pendekatan Konstrasif dan Komparatif Bahasa-bahasa di Malaysia. hlm. 37-58 Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Zaharani Ahmad. (1991). The Phonology and Morphology of Perak Dialect. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (2014). Daripada Derivasi Rumus Kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka.

Published
2025-06-25
Section
Articles