Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Abstract
Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid sekolah menengah. Media digital sebagai medium pembelajaran kontemporari yang digemari generasi Z dan Alpha, berpotensi dimanfaatkan secara strategik bagi memperkukuh penguasaan KPS. Mata pelajaran Sejarah tidak dapat dipisahkan daripada KPS kerana elemen-elemen KPS membina kefahaman mendalam serta memupuk pemikiran kritis murid. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media digital dalam pembelajaran Sejarah dengan penguasaan KPS. Kajian ini menilai penggunaan media digital berdasarkan kekerapan serta penguasaan KPS berdasarkan persepsi murid dengan melibatkan semua peringkat pendidikan menengah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan korelasi ini melibatkan 361 murid dari Tingkatan 1 hingga 5 di daerah Petaling Perdana, dengan data dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media digital dan tahap penguasaan KPS adalah pada tahap sederhana, namun hubungan antara kedua-duanya adalah signifikan dan kuat. Tahap penggunaan penggunaan media digital yang sederhana menunjukkan integrasi teknologi digital dalam pembelajaran Sejarah masih belum diamalkan secara berterusan dan sistematik walaupun kemudahan peranti dan akses terhadap internet tinggi bagi responden kajian ini. Pengintegrasian media digital secara berkesan dalam pengajaran Sejarah yang berpotensi meningkatkan penguasaan KPS serta memperkukuh pemahaman Sejarah secara kritis dan holistik memerlukan perancangan pedagogi yang sistematik bagi guru-guru Sejarah.
Downloads
References
Daskalovska, N., Hadzi-Nikolova., & Jankova Alagjozovska, N.J. (2023). The use of metacognitive listening strategies by English language learners. European Journal of English Language Teaching, 8(1), 19-33. https://oapub.org/edu/index.php/ejel/article/view/4648/7283
Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Emilda Balkis Ismail & Anuar Ahmad. (2022). Kesediaan murid mengaplikasikan penggunaan Web 2.0 dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 1-13. https://media.neliti.com/media/publications/530690-none-b2ae31be.pdf
George, D., & Mallery, P. (2016). IBM SPSS Statistics 23 Step by Step A Simple Guide and Reference SPSS for Windows step by step: A Simple Guide and Reference (14th ed.). New York: Taylor & Francis.
Ismail Said. (2016). Kaedah Pengajaran Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kaviza, M. (2019). Hubungan penerapan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan murid. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 30-38. https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/17859/10029
Kaviza, M. (2020). Pelaksanaan Kelas Flipped dengan Sumber Digital dalam Mata Pelajaran Sejarah: Kesannya Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Journal of ICT in Education, 7(1), 30-42. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/3587
Kaviza, M., Zulkefli Othman, Noor Seha Bahari & Rohiza Mat Isa. (2023). Penguasaan aplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar Sejarah tingkatan enam. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(4), 33-42.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum. https://ipim.jmm.gov.my/sites/default/files/dockokurikulum/DSKP-KSSM-SEJARAH-TINGKATAN-4-DAN-5.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023a). Dokumen Dasar Pendidikan Digital. Kuala Lumpur: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Dasar/Dasar%20Pendidikan%20Digital/Dasar%20Pendidikan%20Digital.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023b). Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia. https://lp.moe.gov.my/files/spm/2024/Laporan%20Analisis%20Keputusan%20SPM%202023.pdf
Khalissafri Mohd Haslin & Mohd Isa Hamzah. (2023). Pendigitalan pendidikan: Kesediaan dan cabaran terhadap murid dalam pembelajaran. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(1), 41-57. https://www.researchgate.net/publication/378903144_PENDIGITALAN_PENDIDIKAN_KESEDIAAN_DAN_CABARAN_TERHADAP_MURID_DALAM_PEMBELAJARAN_DIGITIZATION_OF_EDUCATION_READINESS_AND_CHALLENGES_FOR_STUDENTS_IN_LEARNING
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. file:///C:/Users/User/Downloads/DETERMINING_SAMPLE_SIZE_FOR_RESEARCH_ACT.pdf
Lenhart, A. (2015). Teens, social media & technology overview 2015. Pew Research Center.
López-García, A. (2023). Effectiveness of a teaching methodology based on the theory of historical thinking through active methods and digital resources in Spanish adolescents. Frontiers in Education, 8, 1-12. https://www.frontiersin.org/journals/education/articles/10.3389/feduc.2023.1175123/full
Needham, R. (1997). Constructivism and science learning. Dalam B. J. Fraser & K. G. Tobin (Eds.), International handbook of science education. Kluwer Academic Publishers.
Nik Hazimah Nik Mat, Hayatul Safrah Salleh, Yusnita Yusof, Wan Norhayati Mohamed & Nor Azila Mohd Noor. (2021). Panduan Penyelidikan Ilmiah: Kaedah dan Penulisan. Sintok: UUM Press.
Noorhawani Abd Wahid & Anuar Ahmad. (2023). Penerimaan murid terhadap elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) di sebuah sekolah menengah dalam Daerah Kluang, Johor. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(6), 1-23. https://www.researchgate.net/publication/372396022_Penerimaan_Murid_Terhadap_Elemen_Kemahiran_Pemikiran_Sejarah_KPS_di_Sebuah_Sekolah_Menengah_dalam_Daerah_Kluang_Johor
Nurul Hidayana Mohd Noor & Amirah Mohamad Fuzi. (2024). Teknik persampelan dan penentuan saiz sampel bagi penyelidikan Sains Sosial. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(4), 313-326. https://www.researchgate.net/publication/386382339_Teknik_Persampelan_dan_Penentuan_Saiz_Sampel_bagi_Penyelidikan_Sains_Sosial_Sampling_Techniques_and_Sample_Size_Determination_for_Social_Science_Research
Ozdemir, K. (2023). Student opinions on the place of digital media in History education. African Educational Research Journal, 11(3), 530-540. https://www.netjournals.org/z_AERJ_23_087.html
Pallant, J. (2016). SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide To Data Analysis Using IBM SPSS (6th ed.). New York: McGraw-Hill Education.
Pusaparani Nagendran & Anuar Ahmad. (2021). Tahap keupayaan pelajar terhadap menggunakan sumber digital sejarah dalam pembelajaran kendiri. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 236-242.
Rahman, M. M., Tabash, M. I., Salamzadeh, A., Abduli, S., & Rahaman, M. S. (2022). Sampling techniques (probability) for quantitative social science researchers: a conceptual guidelines with examples. Seeu Review, 17(1), 42-51.
Ritchie, L. J. W., Soon Singh Bikar, Balan Rathakrishnan & Zulfikar Rabe. (2021). Integrasi permainan media WordWall dalam pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social and Humanities, 6(4), 69-78. https://www.researchgate.net/profile/Soon-Singh-Bikar-Singh/publication/350738765_Integrasi_Permainan_Media_Word_Wall_dalam_Pendidikan_Sejarah/links/61270e22035d5831d7725f77/Integrasi-Permainan-Media-Word-Wall-dalam-Pendidikan-Sejarah.pdf
Ronny Gunawan, Maya Zaina Billah, Rosiani Silalahi & Henrik Tuka. (2024). Gaya belajar Gen Alpha di era digital. Dewantara, 3(4), 277-297. https://jurnaluniv45sby.ac.id/index.php/Dewantara/article/view/3661/3263
Salinah Ja’afar, Maslida Yusoff, Rusmadi Baharuddin, Karim Harun & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2024). Kreativiti dan impak komunikasi digital dalam kalangan Generasi Z. Akademika, 94(3), 515-529. Diakses dari https://journalarticle.ukm.my/24978/1/Akademika_94_3_29.pdf
Siti Nasarah Ismail & Dzaa Imma Abdul Latiff. (Eds.). (2019). Media Baharu dalam Pendidikan. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 21–41. http://web.usm.my/apjee/webtest/APJEE_20_2005/JPP02Subadrah%20(21-42)B.pdf
Sutha Sundram & Nurhanani Romli. (2023). Penggunaan model konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan: Sorotan literatur bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(2), 283-292.
Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. Rengasamey, Meor Airis Meor Hamzah & Rosly Mohd. Sani. (2017). Kaedah Pengajaran Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Turner, D. P. (2020). Sampling methods in research design. Headache: The Journal of Head & Face Pain, 60(1).
Twenge, J. M. (2017). IGen: Why today's super-connected kids are growing up less rebellious, more tolerant, less happy--and completely unprepared for adulthood. Simon and Schuster.















